Its about Unit Trust and how Unit Trust can create trust and wealth for you..
Welcome to my blog..
May it help you to gain knowledge.. Feel free to gives comments about this blog. Your comments indirectly will help me to improve the contents of this blog..
Thursday, November 24, 2011
Wednesday, November 23, 2011
Mengelakkan Kesilapan Biasa Dalam Melabur
Ramai orang melabur tanpa mempelajari secukupnya tentang proses pelaburan atau produk-produk pelaburan yang berlainan dan tanpa mempertimbangkan apa yang mereka mahu mencapai sebenarnya dalam jangka panjang. Pelabur semacam ini selalunya bertindak balas negatif kepada kemeruapan jangka pendek pasaran, mendengar nasihat mereka yang mendakwa diri mereka pakar, memasuki pasaran pada masa yang tidak sesuai dan akhirnya menanggung kerugian yang bertimbun.
Berikut adalah di antara kesilapan biasa yang dibuat oleh pelabur yang boleh menjejaskan prestasi portfolio mereka:
1. Tidak menyediakan dana kecemasan sebelum melabur
Melabur tanpa sebarang peruntukan dana kecemasan umpama berakit tanpa jaket keselamatan. Sebelum memasuki pasaran, pelabur dinasihatkan supaya memperuntukkan sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan perbelanjaan sebagai persediaan bagi menghadapi kecemasan kewangan (seperti kehilangan pekerjaan) atau masalah aliran tunai yang tidak diduga. Tujuan utama penampan tunai ini ialah untuk memberikan kestabilan fiskal dan emosi semasa dilanda kemelutan ekonomi peribadi.
2. Pemasaan pasaran
Walaupun pasaran mungkin bergerak secara kitaran, namun ini tidak bermakna kita boleh menentukan bila kita hendak masuk dan keluar dari pasaran pada paras terendah dan paras tertingginya masing-masing. Pelabur yang berpengalaman dan berjaya seperti Warren Buffett tidak menggunakan kaedah pemasaan pasaran kerana kaedah ini selalunya tidak berkesan. Oleh itu, pelabur individu akan dapat mengelak daripada menanggung kerugian besar jika mereka tidak mencuba memasakan pasaran. Bahkan, memandangkan pengalaman mereka yang terhad dalam memahami pasaran kewangan, pelabur individu lebih baik memfokus kepada melabur dalam unit amanah untuk jangka panjang.
3. Berlengah-lengah
Pelabur tidak harus menangguh apabila melabur kerana permulaan awal boleh membawa banyak perbezaan dalam pulangan yang berpotensi diraih kerana tempoh masa yang lebih panjang membolehkan pulangan berganda atas feadah berfungsi dengan efektif. Sementara itu, lebih lama anda tunggu untuk memulakan pelaburan anda, lebih banyak wang yang perlu anda laburkan untuk mendapatkan pulangan yang sama dengan orang yang mula melabur lebih awal.
4. Mengambil terlalu banyak risiko atau terlalu sedikit
Oleh sebab risiko dan pulangan adalah seiring, maka tahap risiko yang anda ambil semasa melabur boleh menentukan pulangan yang mungkin diterima. Namun begitu, ada orang yang mengambil terlalu banyak risiko dan ada pula yang terlalu sedikit. Pelabur yang mengambil risiko tinggi pada akhirnya menjadi spekulator dan sering melabur tanpa membuat penyelidikan terlebih dahulu. Pelabur yang terlalu konservatif pula mungkin menanggung risiko di mana inflasi menyusutkan kuasa beli mereka. Daripada semata-mata bergantung pada toleransi risiko anda untuk menentukan pelaburan anda, anda haruslah juga mengambil kira matlamat kewangan dan jangka masa pelaburan anda.
5. Kurang pempelbagaian
Pempelbagaian adalah antara prinsip melabur yang paling asas ke arah portfolio pelaburan yang berkembang dan mantap. Namun begitu, ramai pelabur cuai dan gagal mengikuti langkah ini sepenuhnya, sebaliknya mereka meletakkan semua telur (pelaburan) mereka ke dalam satu bakul (aset). Portfolio yang berpelbagai akan mematuhi semua komponen peruntukan aset – mengambil kira toleransi risiko, modal pelaburan yang sedia ada, jangka masa pelaburan dan perwajaran kelas aset portfolio semasa.
6. Menjadi terlalu mengikut perasaan dalam membuat keputusan pelaburan Kebanyakan pelabur membenarkan emosi – terutamanya perasaan tamak dan takut – mendorong keputusan pelaburan mereka. Misalnya, pelabur yang terlalu mengikut perasaan akan terdorong untuk menjual pelaburan apabila harganya jatuh. Akibat terlalu mengikut perasaan dan gerak hati mereka, ramai pelabur yang menjual pada harga rendah dan membeli pada harga tinggi di pasaran. Mereka sepatutnya menilai secara objektif sebab kejatuhan harga itu dan melihat sama ada ia disebabkan oleh keadaan pasaran yang lebih meluas.
7.Kurang penyelidikan
Pelabur haruslah membuat penyelidikan sebelum melabur. Pelaburan yang berjaya memerlukan masa dan usaha yang berterusan, termasuk melakukan penyelidikan pelaburan sendiri. Pelabur harus ingat bahawa prestasi sebuah pelaburan dahulu tidak semestinya memberi panduan untuk prestasi masa hadapan.
8. Panik semasa pasaran jatuh
Apabila pasaran jatuh teruk, biasanya pelabur akan dikuasai oleh emosi mereka dan menyebabkan mereka menjual pelaburan mereka secara panik. Pelabur yang memegang pelaburan untuk jangka panjang tidak akan dipengaruhi oleh putaran pasaran saham ini. Sebaliknya, mereka mungkin melihat kelemahan pasaran sebagai peluang untuk membeli saham mewah di bawah nilai sebenarnya pada harga yang menarik.
Semua orang melakukan kesilapan dalam pelaburan mereka tetapi apa yang membezakan pemenang daripada orang yang kalah adalah mereka menggunakan apa yang mereka pelajari daripada kesilapan mereka. Kunci kejayaan dalam pelaburan bukanlah mengelak daripada risiko sama sekali tetapi mengenali risiko yang diambil. Bagi mengelakkan kejutan yang kurang menyenangkan, buat penyelidikan anda. Tiada apa yang setanding dengan membaca prospektus dan menyemak prestasi jangka panjang pelaburan. Sepertimana pengurus dana Amerika, Ronald W. Roge, pernah berkata: "Orang meluru membeli meskipun mereka tidak faham apa yang mereka beli. Orang membuat lebih banyak penyelidikan semasa mereka membeli peti ais atau perakam kamera video daripada semasa mereka melabur beribu-ribu dalam pasaran."
Sumber: Public Mutual Online
Quote #2
"The new source of power is not money in the hands of a few but information in the hands of many". - by John Naisbitt
Tuesday, November 22, 2011
Quote for Today
"Success depends above all, upon people. Build relationships, teams, partnerships - and motivate people to contribute. Cultivate leadership, creativity, excellence. Listen; seek new ideas and advice."
Monday, November 21, 2011
Erkk.. Unit Trust?? NO!
Saya ni takde lah banyak sgt pengalaman dalam unit trust ni tp hari ni saya nak berkongsi cerita sikit la ye. A few months ago masa tu saya baru je nak berjinak2 dalam industri ni. Saya pernah tanye seorang kawan saya, tak perlu lah disebutkan nama nye... ceehhh..mcm isu besar lak.
Ok, saya pernah tanye kawan saya tu, 'A, ko tak minat ke nak melabur dalam unit trust?' Die jawab 'tak nak lah sebab aku tak percaya sangat denagn unit trust ni sebab agent tau nak makan komisen je. Bukan nye nak servis betul-betul'. Betul ke? Erm..mungkin betul la kot sebab agent memang dapat komisen bila close sales dengan client. Tapi, bg saya, itu bergantung kepada individu/agent tu sendiri. Bg saya, kalau anda nak melabur dalam unit trust ni, biar lah anda kenal dengan agent tu supaya, kalau anda tak puas hati dgn servis yang die bg, anda boleh cari die dan mungkin dgn teguran anda, die akan menjadi agent yang lebih baik.
Its not fair kalau terus mengatakan TIDAK kepada Unit trust Scheme ni sebab ia mendatangkan faedah kepada pelabur jugak cuma pelabur perlu bijak dan mempunyai sikap rasional. Malah, Unit Trust ni dipantau oleh Securities Commission, maksud nya, Company unit trust bukannya sewenang2 nya boleh melakukan apa sahaja terhadap pelabur. Mungkin ada sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan tetapi percaya lah, masih ada agent yang mempunyai niat yang baik iaitu untuk membantu anda para pelabur, untuk kesenangan di masa hadapan anda. InshaAllah.
Jadi sebagai orang awam yang ingin melabur, anda perlu bijak dan tahu apa yang anda lakukan. Akhir kata, sila lah melabur dalam unit trust ni.. :)

Saturday, November 19, 2011
Unit Trust Berisiko Ke?
Ada orag pernah tanya, Unit Trust ni ada risiko tak? Jawab saya, ya..memang ada risiko. Apa-apa pelaburan memang ada risikonya, cuma setiap pelaburan ada risiko die ada yang rendah, sederhana dan tinggi risiko nya. Konsep pelaburan, 'high risk high return'. lebih tinggi risiko sesuatu pelaburan tu, maka lebih tinggi pulangan. Tapi, tu hanya konsep, realitinya mungkin berbeza sebab ada faktor-faktor yang bole menyebabkan sebaliknya berlaku.
Contohnya, dalam kehidupan kita sendiri la. Ada seorang lelaki yang melabur banyak wang untuk menarik perhatian seorang wanita, tapi tak semestinya lelaki tu akan dapat menawan hati wanita tersebut. Macam tu juga la dengan pelaburan dalam Unit Trust ni dan disebabkan itu lah berapa banyak pulangan yang akan diperolehi tidak dapat dijanjikan sebab, pulangan tu bergantung kepada performance fund tu sendiri. Ada masa rendah, ada masa tinggi pulangan nya. Dan disebabkan itu jugak lah pelabur dinasihatkan untuk melabur dalam jangka masa sederhana hingga panjang.
Saya akan terangkan nanti ape contoh-contoh risiko dalam pelaburan Unit Trust ni... Tunggu ye..

Wednesday, November 16, 2011
Inflation Risk Remains
Salam All,
Hari ni saya ada terbaca berkenaan risiko inflasi di negara kita di dalam star online. Saya tidak lah pandai dalam hal-hal ekonomi ni. Apa yang saya tahu, inflasi ni akan menyebabkan harga barang-barang komoditi ni naik. Daripada pembacaan saya, apa yang saya faham, inflasi di negara kita dah mula stabil tp belum cukup stabil dan penyelidik ekonomi jangkakan ianya akan berterusan sehingga 2012.
Inflasi ni memang akan berlaku dan ianya juga mungkin disebabkan taraf kehidupan kita sudah bertambah. Kalau kita tengok, 10 tahun ke belakang, harga sebiji karipap dalam 20sen je, besar pulak tu. Tapi sekarang ni, da naik 40sen, harga makin naik, karipap pulak makin kecil. Hmm.. itu lah dia ekonomi. Nilai wang kita makin mengecil, itu memang tak dapat dinafikan. So, bayangkan lah dalam 10 tahun akan datang mcm mane pulak nilai mata wang kita, harga barang mcm mane? kos nak sambung belajar, lepas retired, mcm mane dgn perbelanjaan kite? Renung2 kan lah dan sudah sampai mase untuk kita berfikir tentang masa depan yang belum tentu lagi menyenangkan kita.
Ini lah mase untuk kite MELABUR, dan MENGGANDAKAN wang kita. Bukan untuk kegunaan kita sahaja, tapi untuk keluarga dan orang yg kita sayangi.

Subscribe to:
Posts (Atom)