Welcome to my blog..

May it help you to gain knowledge.. Feel free to gives comments about this blog. Your comments indirectly will help me to improve the contents of this blog..

Orang Macam Mane Biasanya Pilih Unit Trust?

Saya dah pun cerita ape kelebihan Unit Trust, now saya cerita pula orang yang macam mane biasanya memilih Unit Trust.

Ok, saya ada memberitahu anda bahawa melabur di dalam unit trust ini dinasihatkan untuk melabur dalam tempoh sederhana hingga tempoh panjang. Ia tidak begitu sesuai untuk dilaburkan dalam masa yang singkat (minimum 3-5 tahun), tetapi lebih lama melabur adalah lebih baik.

Jesteru, mereka yang mempunyai objektif seperti di bawah ini biasanya memilih unit trust.


1) Untuk Persaraan / Retirement

Oleh kerana Unit Trust ini sesuai untuk pelaburan jangka masa panjang, jadi sesuai juga lah untuk mereka yang inginkan aliran wang tunai yang secukupnya untuk persaraan. Walaupun anda mempunyai Retirement Fund di tempat lain sama ada dalam bentuk saving, atau pelaburan lain, unit trust juga boleh menjadi salah satu tempat untuk menambahkan lagi tabung persaraan anda.

Saya ade dengar dulu, kite perlu mempelbagaikan tabungan untuk persaraan ini untuk kegunaan masa depan anda juga. Jika anda tidak sanggup untuk menerima risiko yang tinggi seperti melabur dalam saham syarikat2 di pasaran saham, maka Unit Trust adalah satu langkah bijak sebab unit Trust ade jugak melabur dalam pasaran saham. Unit Trust pun ada risiko nya tetapi tidak lah setinggi risiko melabur direct dan ape yang lebih baik, ia nya diuruskan oleh orang yang professional berbanding anda perlu menanggung risiko sendiri jika melabur direct di pasaran saham.


2) Pendidikan / Education

Jika sekarang anda ade seorang anak kecil, mungkin anda rase duit yang ade sekarang ni cukup untuk perbelanjaan pendidikan anak anda. Tetapi bagaimana nanti kalau anda ade 4 orang anak? Cukup ke tabungan untuk pendidikan anak2 tu? Kite tolak tepi pinjaman PTPTN dan sebagainya. Andaikan pada mase akan datang, tabung PTPTN dimansuhkan, macam mana kite nak bagi anak kite teruskan pendidikan di peringkat lebih tinggi? Nak2 pulak nak hantar anak pergi belajar oversea? Ade ke duit? Cukup ke? Lagi pulak kos perbelanjaan mase depan dah semestinya lagi mahal berbanding sekarang sebab kadar inflasi, ekonomi dan sebagainya. Pendidikan yang baik akan melahirkan generasi yang baik. Jadi, untuk mereka yang masih muda, sekarang adalah masa untuk anda bertindak! Menyimpan sahaja tidak cukup kerana wang anda mungkin tak dapat dijana dengan kadar yang anda mahukan. Anda perlu melabur demi kebaikan anak2 anda. Kerana pelaburan InshaAllah dapat memberi anda kehidupan yang anda mahukan.


3) Lebihan Wang Tunai / Cash Reserve

Situasi 1
Mungkin sekarang anda ade wang yang banyak, anda berkata pada diri anda, 'aku da ade duit, gaji bulan2 cukup makan pakai, tiap2 tahun syarikat bagi bonus berbulan-bulan, paling sikit pun 2 bulan aku dapat. Kalau simpan kat bank ni, cukup la ni. Tak payah la nak invest bagai.'

Ya, mungkin cukup untuk sekarang, tapi mcm mane pulak mase depan? Kite tak tahu apa akan terjadi di masa depan. Ntah2 diberhentikan keje ke, kene VSS ke, kene retired awal ke, tiba2 sakit ke. Mudah2an tak terjadi lah perkara yang saya sebutkan. Tapi ye la, kite kene ade 'back up' untuk masa depan, bukan untuk diri kite je tapi untuk keluarga kite. Kalau kite ada lebihan wang tunai, kalau terjadi apa2 pada diri kita, sekurang2nya kita bole melakukan sesuatu dengan wang tersebut. Mungkin boleh meniaga kecil2an, kan??

Situasi 2
Mungkin juga anda tidak mempunyai objektif yang jelas untuk ape anda melabur dalam unit trust ni. Mungkin anda hanya terfikir, ape yang penting, invest dan dpt kan lebihan duit. then duit tu bole la digunakan untuk pelbagai perkara seperti untuk melancong, pergi menunaikan haji, membeli rumah dan sebagainya. Segala-galanya bergantung kepada kehendak, keperluan serta objektif anda.




No comments:

Post a Comment