Umum Mengetahui Unit Trust adalah salah satu cara untuk kita melabur. Akan tetapi kenapa kita memilih Unit Trust dan bukan instrument yang lain? Sebab senang ke? Atau sebab kite tak payah nak pikir2 panjang, bukak akaun, isi borang, bagi je cek/cash kat agent, then goyang kaki la.. Hmm.. Mungkin juga betul pemikiran macam tu tapi ape yang penting, pelabur juga perlu tahu apa kebaikan/kelebihan kita melabur dalam Unit Trust ni? Ape risiko die? sebab semua pelaburan ada risiko, hidup kite sendiri pon ade risiko, betul kan?
Ok, hari ni kite bercerita apa sebenarnya kelebihan melabur dalam unit trust ni. Jom sama2 kita belajar dan cuba fahamkan kenapa ramai orang invest dalam Unit Trust walaupun perlu deduct a few per cent daripada investment kita sebagai komisen agent dan fees yang lain.
Kelebihan Unit Trust
1) Diuruskan oleh Professional (Fund Manager)
Unit Trust ni memang diuruskan oleh professional. Mereka ini dikenali sebagai Fund Manager, yang bertanggung jawab terhadap urusan pelaburan pelabur2. Mereka ini mempunyai skill dan pengalaman dalam menguruskan pelaburan. Bukan tu je, mereka ni juga adalah orang yang berlesen dalam menguruskan pelaburan ni, hal berkaitan stock market, ekonomi, mereka perlu mahir, jesteru tidak perlu lah kita sebagai pelabur merasa terlalu risau dan tidak yakin. Fund Manager ini juga akan sentiasa mengawasi prestasi dan perjalan pelaburan dan memastikan wang kita dilaburkan sebaik mungkin berdasarkan maklumat yang telah dikaji selidik.
2) Kepelbagaian
Kepelbagaian yang dimaksudkan di sini adalah kepelbagaian pelaburan yang boleh dilakukan dalam Unit Trust Scheme. Unit Trust ni ada banyak fund dan fund2 itu terdiri daripada bond/sukuk, equities, balance, money market dan sebagainya. (<---- Yang ni saya akan cerita kemudian)
Di dalam setiap fund contohnya, equities fund, terdapat pula pelbagai jenis equities/stocks yang akan dilaburkan. Mungkin di dalam equities fund tersebut fund manager akan laburkan wang investors ke dalam saham TNB, Telekom, Sime Darby dan sebagainya. Inilah yang dimaksudkan dengan kepelbagaian. Secara ringkasnya, pelabur berpelunag untuk melabur di dalam saham 'blue chips' yang mahal harganya jika kite nak membeli terus setiap kaunter/saham itu di dalam stock market itu sendiri.
3) Kecairan (Liquidity)
Kebanyakan pelabur mahukan pelaburan yang mudah tunai, iaitu pelaburan tersebut mudah dijual tak kiralah sebahagian ke atau kesemua saham mereka pada bila-bila masa. Kalau pelaburan yang bagi return yang lumayan tapi tak boleh dijual dengan mudah, tak dipanggil pelaburan yang baik juga sebab paras mudah tunai yang sangat rendah merupakan faktor risiko tambahan kepada pelabur.
Sebagai contohnya, investment dalam hartanah, ianya memang antara pelaburan yang bagus dan menguntungkan jika kena srateginya. Tapi tahap liquidity nya sangat rendah, bayangkan kalau anda telah berjaya membeli sebuah rumah dikawasan bandar yang anda tahu disitu memang menjadi rebutan pembeli. Suatu hari, anda mengalami situasi dimana anda sangat2 memerlukan wang tunai, contohnya anak anda perlu menjalani pembedahan yang kritikal dan rumah tersebut satu2 nya sandaran anda untuk mendapatkan wang tunai. Bolehkah anda terus jualkan rumah itu untuk mendapatkan wang tunai dengan segera? Saya tak fikir semudah itu boleh.. mungkin anda dapat mencari pembeli dangan segera coz kawasan itu memang high demand, tapi untuk mendapatkan wang tunai hasil jualannya mungkin memakan masa dua hingga tiga bulan juga.
Disinilah kelebihan liquidity skim unit trust coz anda boleh menebus atau menjual-balik unit2 yang dipegang pada bila-bila masa dan mendapat bayarannya dengan cepat. Mengikut garis panduan skim unit trust, UTMC perlu membayar hasil daripada belian balik (repurchase) unit kepada pemegang unit secepat mungkin, selewat-lewatnya dalam tempoh 10 hari selepas menerima permohonan repurchase tersebut.
Selain tahap mudah tunai, tahap kemudahan untuk membuat urusniaga pun boleh dikira tahap liquidity juga. Jika kita direct invest dalam stock market, harga dan peluang untuk membuat urusniaga bergantung kepada penawaran dan permintaan saham pada masa itu. Sebaliknya dalam skim unit trust, unit2 boleh dibeli dan dijual dengan mudah melauli UTMC, Ejen Institusi Unit Trust ataupun ejen anda (sesetengah syarikat dipanggil unit trust consultant).
4) Pendedahan Pelaburan (Investment Exposure).
Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, pelabur2 yang bermodal kecil dan melabur secara individu agak mustahil untuk melabur didalam sesuatu aset tertentu. Sebagai contoh, jika anda mempunyai RM5,000 dan ingin memegang portfolio pelaburan yang mengandungi pasaran hartanah Malaysia, pasaran equity global dan pasaran bon Malaysia. Bolehkah anda berbuat demikian secara direct investment kedalam portfolio tersebut secara serentak dengan modal sebanyak itu? Ianya memang mustahil.. Tapi dengan pelaburan unit trust, anda boleh mengembangkan wang anda kedalam kesemua aset tersebut secara serentak.. maksudnya “it is possible to spread your money around to all of these asset classes at the same time”.. disinilah dikatakan kita mendapat pendedahan pelaburan atau investment exposure.
Dan satu pekara lagi, tak seperti unit trust, kebanyakan individual investor tak mungkin dapat direct akses ke pasaran sekuriti kerajaan, antara sebabnya ialah amaun setiap transaksi bejumlah berjuta-juta ringgit.
5) Kos dan Caj Pelaburan Yang Lebih Rendah.
Jika kita buat direct investment dalam Bursa malaysia dan secara kecil-kecilan, kos dan caj yang dikenakan akan menjadi lebih tinggi..antara kosnya ialah yuran dan caj yang dikenakan oleh broker2 saham. Dengan unit trust, disebabkan fund manager melabur dengan amaun yang besar, kos dan caj yang dikenakan akan menjadi lebih ekonomi.. maknanya kos untuk setiap ringgit kepada setiap pelaburan akan menjadi lebih rendah. Konsepnya samalah macam anda beli barang sikit2 di kedai runcit dengan beli barang secara borong di pasaraya Makro, Carefour atau Tesco. Tentunya di pasaraya besar anda dapat berjimat bila anda membeli secara borong kan?
6) Undang-Undang dan Peraturan Yang Terjamin.
Mahukah anda wang yang anda laburkan tiba-tiba lesap begitu saja disebabkan syarikat atau tempat yang anda laburkan bermasalah atau tiba-tiba didapati beroperasi secara salah disisi undang2? Tentunya taknak kan.. anda mesti pernah dengar Swiss Cash yang heboh tempoh hari sebab illegal.. ataupun skim2 cepat kaya yang lain kan? skim2 ni konsepnya hampir sama dengan unit trust juga iaitu collect duit dari orang ramai dan dilaburkan. Kemudian keuntungan diagihkan kepada peserta mengikut berapa peratus duit yang dilabur oleh peserta. Masalahnya, skim2 ini beroperasi secara illegal.. so, bila2 pun wang anda boleh lesap dalam sekelip mata.
Kita bertuah kerana di Malaysia, industri unit trust diperkenalkan bersama-sama beberapa undang-undang dan peraturan. Berbagai pihak mengawal selia industri ini terutamanya Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commission). Tujuannya adalah untuk menjaga kepentingan pelaburan pemegang2 unit. Jadi, dengan unit trust investment, kita akan rasa lebih selesa dan wang kita juga agak terjamin dengan adanya undang2 dan peraturan2 yang tertentu.
Sekarang anda dah tahu beberapa kelebihan invest dalam unit trust ni. Jadi tunggu apa lagi… marilah kita invest dalam skim unit trust. Untuk dapatkan penjelasan lebih lanjut, bole terus hubungi ejen anda.
7) Pelaburan Yang Kerap
Unit Trust membolehkan pelabur-pelabur untuk melabur secara kerap atau secara runcit-runcit. Contohnya mcm ni, mula-mula anda melabur RM5000 kemudian anda ingin melabur lagi sebab ada duit lebih pada masa itu, anda boleh menambah pelaburan anda. Anda boleh menghubungi ejen anda untuk mengetahui cara-cara melakukan nya. Anda juga bole memohon untuk melakukan auto-debit daripada akaun simpanan anda. Setiap bank mempunyai caj yang berlainan (sila rujuk kepada ejen anda/boleh menghubungi UTMC yang anda labur).
p/s: thanks once again to en.maliki.. really appreciate your content in your blog
http://www.my-unit-trust.com
No comments:
Post a Comment