Hari ni kite lihat pulak apa cara kite bole invest dalam Unit Trust ni. Adakah dengan hanya berbekalkan duit / cash yang banyak je kite bole invest? Atau pun hanya dengan menggunakan Retirement Fund kite? Atau macam mane ye? Anda bole segera merujuk ejen anda untuk mengetahui cara-caranya atau secara ringkas, saya cube untuk berkongsi di sini.
Cara Pertama : Dengan menggunakan Retirement Fund
Mungkin bg anda, cara ini adalah sesuatu yang baru tetapi untuk pengetahuan anda suda ramai orang menggunakan retirement fund mereka untuk pelaburan masa depan. Bukan nak kate fund tu tak bagus, tetapi untuk menambah pulangan demi masa depan anda, anda boleh lah menggunakan retirement fund anda ini sebagai salah satu cara melabur di Unit Trust. Untuk mengetahui bagaimana caranya, anda boleh lah menghubungi ejen anda.
Cara Kedua : Dengan menggunakan wang secara lambakan (lump sum)
Saya rasa umum mengetahui cara ini biasa dilakukan oleh para pelabur, iaitu bila ada duit je, kite laburkan duit tu dalam ape-ape instrument pelaburan. Tetapi, bukan semua orang ada wang yang banyak. takkan anda nak saving dalam akaun bank anda, lepas tu tunggu 10 tahun, da banyak duit baru nak invest? Da lambat da mase tu. Lagi pulak, dalam tempoh 10 tahun tu, mesti ade masa anda memerlukan wang kan? Mungkin untuk biaya isteri bersalin ke, anak sakit ke, nak tukar kete baru lagi. Hmm.. sampai masa 10 tahun tu, duit yang kite niatkan untuk melabur da habis. So, cara ini adalah lebih sesuai untuk orang yang memang ade duit; yang tiba2 dapat durian runtuh tu, boleh la dilaburkan.
Cara ketiga : Dengan menggunakan wang secara runcit-runcit / sikit-sikit (regular investment)
Haa..mungkin cara ini lebih sesuai untuk orang kebanyakan macam saya ni. Cara runcit-runcit ni adalah begini.
Contohnya, Si A dapat bonus RM5000 pada tahun ni. Kemudian A melaburkan wang tersebut di dalam Unit Trust Scheme. Bulan berikutnya, A menambah pelaburannya RM200 setiap bulan.
Macam tu lah yang dimaksudkan secara runcit-runcit atau sikit-sikit. Berapa lama anda nak buat macam tu, terpulang lah kepada anda, 10 tahun? 15 tahun? Its up to you. Its your money, and you should decide.
Bagaimana caranya, terpulang kepada anda. Apapun pilihan anda, ia bukan lah satu masalah dan anda boleh lah menghubungi ejen anda, untuk maklumat lanjut.
No comments:
Post a Comment