Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual, mengumumkan pengagihan
untuk empat daripada dana-dananya. Pengagihan kasar yang diumumkan untuk dana-dana berikut adalah bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Januari 2012:
Dana Pengagihan Kasar / Untuk
Public Dana Index 6.25 sen seunit
Public Dana Islamic Optimal Growth 1.50 sen seunit
Public Dana Enhanced Bond 3.75 sen seunit
Public Dana Money Market 2.50 sen seunit
Public Dana Index merupakan dana ekuiti yang bermatlamat untuk mencapai
pertumbuhan modal jangka panjang dan pada masa yang sama berusaha untuk
mengatasi FTSE Bursa Malaysia Top 100 Index.
Sementara itu, Public Dana Islamic
Optimal Growth ialah sebuah dana ekuiti Islam yang bertujuan menyediakan pendapatan dan pertumbuhan modal dengan melabur di dalam saham-saham patuh
Syariah yang menawarkan hasil dividen yang menarik serta saham-saham
pertumbuhan di pasaran domestik. Kedua-dua dana ini terbuka untuk Skim Pelaburan
Ahli KWSP.
Bagi Public Dana Enhanced Bond pula, dana ini menyediakan kombinasi pendapatan
tahunan dan pertumbuhan modal yang sederhana terutamanya melalui portfolio peruntukan bon dan ekuiti berkualiti.
Manakala, Public Dana Money Market pula bermatlamat untuk menyediakan kecairan dan pendapatan semasa dan pada masa yang sama mengekalkan kestabilan modal. Kesemua dana di atas diedarkan oleh perunding-perunding unit amanah Public Mutual.
Sumber: Public Mutual Berhad
No comments:
Post a Comment