Salam All,
Hari ni saya ada terbaca berkenaan risiko inflasi di negara kita di dalam star online. Saya tidak lah pandai dalam hal-hal ekonomi ni. Apa yang saya tahu, inflasi ni akan menyebabkan harga barang-barang komoditi ni naik. Daripada pembacaan saya, apa yang saya faham, inflasi di negara kita dah mula stabil tp belum cukup stabil dan penyelidik ekonomi jangkakan ianya akan berterusan sehingga 2012.
Inflasi ni memang akan berlaku dan ianya juga mungkin disebabkan taraf kehidupan kita sudah bertambah. Kalau kita tengok, 10 tahun ke belakang, harga sebiji karipap dalam 20sen je, besar pulak tu. Tapi sekarang ni, da naik 40sen, harga makin naik, karipap pulak makin kecil. Hmm.. itu lah dia ekonomi. Nilai wang kita makin mengecil, itu memang tak dapat dinafikan. So, bayangkan lah dalam 10 tahun akan datang mcm mane pulak nilai mata wang kita, harga barang mcm mane? kos nak sambung belajar, lepas retired, mcm mane dgn perbelanjaan kite? Renung2 kan lah dan sudah sampai mase untuk kita berfikir tentang masa depan yang belum tentu lagi menyenangkan kita.
Ini lah mase untuk kite MELABUR, dan MENGGANDAKAN wang kita. Bukan untuk kegunaan kita sahaja, tapi untuk keluarga dan orang yg kita sayangi.
No comments:
Post a Comment