
"Loaded fund" bermaksud, dana yang mempunyai sales charge yang agak tinggi (5%-7%). kebanyakan growth fund dan dana seimbang adalah loaded fund. Note: Satu cara untuk mengetahui samada satu-satu dana itu loaded atau low-loaded adalah dengan melihat kepada harga Beli dan harga Jual. jika terdapat perbezaan, maka dana itu adalah loaded fund.
Penukaran atau switching dilakukan ketika anda melihat keadaan ekonomi pada masa itu berubah dan anda ingin mengekalkan keuntungan yang anda dapat atau ingin mengurangkan kerugian di masa akan datang. Contohnya, Jika anda percaya bahawa pasaran saham telah meningkat dengan banyak, dan melihat pasaran saham akan datang akan menurun secara terhad, anda akan beralih dana Ekuiti anda kepada dana Pasaran Wang.
Sebagai alternatif, jika anda merasakan pasaran telah sampai ke dasarnya, dan kelemahan akan datang telah dapat dibetulkan, maka anda akan membuat penukaran sekali lagi daripada dana Pasaran Wang kepada dana Ekuiti untuk mendapat manfaat daripada peningkatan pasaran lagi.
Ini hanya lah informasi yang dapat saya kongsikan dengan anda mengenai Switching. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya seperti kos yang terlibat, bole hubungi ejen/perunding unit amanah anda.
Sumber: http://invest.com.my/personal/learn/basics/index?article_id=100150
No comments:
Post a Comment