Welcome to my blog..

May it help you to gain knowledge.. Feel free to gives comments about this blog. Your comments indirectly will help me to improve the contents of this blog..

Thursday, December 15, 2011

PMutual Launch New Fund

Hi all,

Hari ni 15 December, PMutual launch fund baru untuk investors; Public Islamic Savings Fund (PISVF).

PISVF ialah sebuah dana ekuiti pendapatan Islam yang bermatlamat untuk menyediakan pendapatan* dalam jangka masa sederhana hingga panjang dengan melabur dalam sebuah portfolio pelbagai pelaburan terutamanya saham-saham Malaysia patuh Syariah yang menawarkan atau mempunyai potensi untuk menawarkan kadar hasil dividen yang menarik. Dana ini memfokus kepada pelaburan dalam syarikat-syarikat yang telah menunjukkan konsistensi dalam memberi ganjaran kepada pemegang-pemegang saham mereka melalui pembayaran dividen. PISVF juga melabur dalam saham-saham bertumbuh atau pemulihan yang patuh Syariah serta mempunyai potensi untuk menerima pakai dasar pembayaran dividen.


Ketua Pegawai Eksekutif Public Mutual Yeoh Kim Hong berkata, “PISVF memfokuskan pelaburannya terutama dalam pasaran domestik, dana ini menawarkan pelabur-pelabur peluang untuk mengambil kesempatan daripada prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia yang berdaya tahan dalam jangka masa sederhana hingga panjang. Prestasi sektor-sektor patuh Syariah terpilih dalam ekonomi Malaysia dijangka terus disokong oleh perbelanjaan pengguna dan pelaburan yang bertahan bagi jangka masa lebih panjang.”

PISVF memberi peluang kepada pelabur untuk mengambil bahagian dalam sebuah portfolio pelbagai saham mewah, saham bertumbuh dan saham terkurang nilai patuh Syariah yang mengagihkan atau mempunyai potensi untuk mengagihkan dividen yang menarik. Selepas pasaran ekuiti jatuh mendadak pada penghujung suku ketiga tahun 2011 disebabkan oleh kerisauan pada pergerakan pertumbuhan ekonomi global yang perlahan dan krisis hutang berdaulat di Eropah, sahamsaham tersenarai di pasaran ekuiti domestik diniagakan di bawah aliran penilaian dan menawarkan peluang pelaburan yang menarik bagi pelabur jangka sederhana hingga panjang.

*
Pengagihan (jika ada) akan dilabur semula kecuali jika pemegang unit memilih untuk pengagihan dibayar.

Bagi mempelbagaikan pelaburan, dana ini boleh melabur sehingga 30% daripada nilai aset bersihnya (NAB) dalam pasaran-pasaran luar negara terpilih termasuk Singapura, Taiwan, Korea Selatan, Jepun, Hong Kong, Negara Thai, Indonesia, Filipina, Luxembourg dan pasaran-pasaran lain yang diluluskan. Pendedahan ekuiti PISVF adalah di antara 75% hingga 98% daripada NAB dana. PISVF adalah sesuai bagi pelabur-pelabur yang bersifat sederhana dalam menerima risiko dan ganjaran serta memberi keutamaan untuk menerima pendapatan sementara pertumbuhan modal adalah sekunder

Harga terbitan permulaan PISV ialah sebanyak RM0.2500 seunit di sepanjang tempoh tawaran permulaan selama 16 hari dari 15 hingga 30 Disember 2011
Pelaburan permulaan minimum bagi dana ini ialah RM1,000 dan pelaburan tambahan minimum ialah RM100. Di sepanjang tempoh tawaran tersebut, bayaran perkhidmatan promosi istimewa serendah 5% daripada harga terbitan permulaan seunit ditawarkan ke atas pembelian unit PISVF oleh para pelabur.

Para pelabur yang memilih untuk melabur dalam PISVF dengan menggunakan Arahan Debit Terus semasa tempoh tawaran juga akan menikmati bayaran perkhidmatan promosi sebanyak 5.25% NAB seunit selagi Debit Terus itu masih aktif. Tertakluk kepada syarat dan peraturan. PISVF diedarkan oleh perunding-perunding unit amanah Public Mutual. Pelaburpelabur yang berminat boleh menghubungi mana-mana perunding unit amanah Public Mutual atau dail Talian Perkhidmatan Pelanggan 03-6207 5000 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai dana tersebut.

Pada pendapat saya, dana ini adalah satu dana yang boleh diambil perhatian oleh investor2 di luar sana terutama sekali investor yang mempunya profil risiko yang sederhana dan paling utama pelaburan nya adalah dalam saham2 yang patuh Shariah. Tentang pengagihan dividen tu, bergantung kepada performance saham2 tu nanti. Kite tak bole nak janji yang distribution pasti akan diperoleh. InshaAllah, mudah2an dapat lah dividen kan? 

Sumber: Public Mutual Berhad

No comments:

Post a Comment